Selasa, 2 Februari 2016

Tun Dr Mahathir Mohamad Menjadi Ikon Pada Seluruh Pemimpin Disetiap Pelusuk Dunia,,,

* TUN MAHATHIR MOHAMAD BORN FOR MALAYSIA *

Ada orang kata Tun Mahathir lah punca apa yang
berlaku sekarang... zaman Tun Mahathir ada
peras ugut... memang betul.. memang betul..
Tapi zaman mahathir... walau pun ada krisis tapi
negara tetap berjalan lancar...malah negara
Malaysia di kagumi oleh satu Dunia kerana
mahathir..
ingat masa tu SATU ASIA duit jatuh... tapi kita
sebagai rakyat boleh di katakan tak terasa...
mahathir dengan Daim langsung tutup aliran duit
keluar negara... sekat duit keluar.... batal note
500 dan 1000... jual jet semata mata
pertahankan mata wang negara... tolak tawaran
pinjaman IMF...kena kutuk pulak tu sebab tolak
pinjaman imf.... tapi sudahnya negara kita dapat
bertahan dengan baik... pembangunan berjalan
dengan teratur... dan negara lain yang dulu
pinjam imf... maseh berhutang...terikat dengan
imf..
Nak lagi hebat... pernah tahukah korang tahu
bahwa Tun Mahatihr dan seangkatannya pernah
secara senyap senyap ambil alih syarikat
terbesar dibritish dan seterusnya mengambil alih
ekonomi negara yang dulunya di bawah
british???? Peristiwa itu amat manis sebab dulu
kita hanya merdeka pada nama tapi banyak aset
negara di kuasai british tapi berkat kebijaksanaan
tun.. kita kembali kuasai ekonomi kita sendiri...
Sehingga ianya jadi kejutan satu dunia...
Carilah maklumat tentang mahathir di luar
negara... boleh di katakan semua pemimpin luar
negara kagum dengan tun Mahathir.. kelantangan
beliau bersuara... prinsip beliau tentang
kekejaman yahudi semua secara terang.. Tun
Mahathir la yang membuatkan Malaysia terkenal
di dunia... sampaikan kemajuan Dubai pun di
kaitkan dengan Tun Mahathir..
Tapi berbeza dengan pimpinan Najib... terlalu
boros duit keluar... seminggu sebelum GST
bermula beli jet... jet dah ada 7 tau sekarang...
seminggu selepas GST bermula semua menteri
naik gaji rm5000... melabur di luar negara yang
langsung tak de keuntungan... mara pun dengar
ada melabur di luar negara... dengan cara
rosmah berbelanja ... semua satu dunia tau...
Tambah pula nak di masukkan 1.5 juta bangla
masuk malaysia... tahu tak masa bangla 1.5 juta
tu bila dah berkerja di sini.. berapa banyak pula
duit malaysia yang keluar?????
Ingatlah selagi laju deras mata wang kita
keluar.... selagi itulah rm kita jatuh...
Tahu tak sekarang di asia hanya malaysia duit
rm kita yang ketara jatuh??? Sampai sekarang
satu langkah pun takde cara selamatkan duit
ringgit kita.. ada tak.. atau pun menteri
kewangan kita maslan sibuk dengan nasi goreng
die dan suruh kita berjimat di atas landasan yang
dia buat... ada rasa macam pendapat dungu tak..
Yang si menteri Nazri pulak bangga duit jatuh
sebab katanya pelancong akan suke berbelanje
kat sini.. akai ada tak... korang tak da usaha
langsung naikkan mata wang malaysia ke... yang
nampak naik semuanya menjadi beban pada
rakyat....
Berkata tentang brim... mahathir tak pernah
setuju tentang pemberian brim.. sebab duit tu
duit hangus... memang duit tu berbelanja di
negara kita juga... tapi ibarat duit hangus..ibarat
duit sogok... cuba duit brim tu di masukkan
sebagai subsidi minyak... harga minyak rasa akan
lebih murah.. atau duit brim tu di kumpul dan di
jadikan modal penubuhan syarikat gergasi di
malaysia.. dan rakyat kita berkerja disana... kita
dapat gaji... kerajaan dapat untung...
Malang sungguh sebab kita punya menteri
menteri yang rasa bijak pandai seorang demi
seorang buat stetmen bodoh... boleh dikatakan
takde langsung bila menteri keluar stetmen...
kita sebagai rakyat boleh mengucapkan terima
kasih.... ini tidak... semua stetmen rasa nak
balas dengan tapak kaki... nasib baik kita ada
bekas TPM muhidin yang sedar... yang nampak...
Dengan GST lagi... dengan kenaikan satu persatu
harga barang... kes topup pun tak boleh selesai...
mula cerita ... topap dah sedia ada cukai sst
6%... di ganti dengan gst 6% maksud tiada
sebarang kenaikan...tapi apa yang dah jadi...
senyappppp... sebab melalui topup keuntungan
dah berapa keuntungan masuk....
Semua macam dah tak nampak keluhan rakyat...
semua buat buat tak tau.... sebab nak
selamatkan pangkat dan gaji...
Jangan cari salah Tun Mahathir... itu semua
kecil jika di bandingkan dengan apa yang kita
kecapi sekarang...pimpinan mahathir jauh beza
terurus... Berterima kasih lah dengan Tun
Mahathir... tanpa die kita tak kan maju seperti
sekarang... PM lain cuma sambung siram air je...
pokok Mahathir dah tanam dah berbunga
Jangan kita cari salah Tun Mahathir... tak di
nafikan tetap ada kelemahan dan krisis dalam
pemerintahan Mahathir... tapi kita pandang jauh
berfikiran terbuka... buka mata seluasnya dan
lihat segala pembangunan pencapaian yang di
bawa oleh mahathir... kita ambil yang positif...
pemimpin luar boleh segan bangga dengan cara
mahathir... kenapa tidak kita bangga...
Setiap pemimpin ada kelemahan masing
masing... tapi kelemahan mahathir bukan
menghancurkan negara... tapi beliau naik kan
nama Malaysia.
Silap kita cuma cari salah menyalahkan
mahathir... kenapa tak ambil yang positif tentang
tun? Ego sangat kah kita? Pandai sangatkah
kita? Belajarlah rendah diri...
Terlalu mudah mencari salah Tun Mahathir bukan
penyelesaian... beliau dah tunjukkan bukti
jenama kan Malaysia...
Kenapa mesti orang luar, pemimpin luar negara
yang kagum dan tabik pada Mahathir? Siapa lagi
pemimpin kita yang di segani selain Tun...
Tun amat tegas dan berani... walaupun Tun
berada di studio di tengah tengah kota London...
dan di tanya kenapa Mahathir menentang
yahudi.. Tun tetap dengan pendiriannya...
percaya tak carilah video interview Mahathir di
tengah kota London dan lihat bagaimana
Mahathir lantang bersuarakan prinsipnya...
Di tanya... bukankah Mahathir sepatutnya sudah
mengundurkan diri anda patut diam... Tun
berkata apakah saya harus diam bila melihat
seseorang melakukan sesuatu yang tak baik
dengan negara saya di dalam negara saya....dan
saya harus diam?? pasti saya tak boleh diam
sebab itu akan menjadikan saya tidak
bertanggung jawap pada negara saya sendiri...
Carilah videonya dan tengok....
siapa yang boleh gantikan Tun Mahathir???
Siapa lagi yang tegas seperti Mahathir
Belum ada sesiapa....
Saya tidak kata Tun Mahathir itu sempurna tapi
sekurang kurangnya berfikiranlah terbuka dengan
dirinya.
Kalau Tun Mahathir seperti "mereka" tak
payahlah Tun susah payah tegur demi kita
Betul kata Tun Mahathir... Melayu Mudah Lupa
Kita maseh beruntung sebab TMJ berani tegur
tentang konflik dalam negara walau di balas
pedas oleh menteri yang pegang kipas...
Saya sendiri pangkah umno setiap kali pilihan
raya lepas.. kalau macam ni.. apa yang nak di
harapkan..
Tanggung jawap kita kuatkan silahratulrahim...
kuat kan melayu... kuatkan islam... sebab melayu
kita dah lemah sekarang... dah hanyut...
Bangsa lain yang pegang ekonomi kita... kita tak
boleh salahkan mereka sebab mereka rajin... tapi
dimana pemuda pemudi kita...??? Hanyut....
Dah sampai masa kita kukuhkan ekonomi kita
sendiri... bagaimana? Tentulah bermula dengan
diri kita sendiri...
Jangan marah tapi itulah kenyataan
Kita berdoalah negara kita dapat kekal aman
sejahtera... segala ancaman dapat kita tangani..
sebab Malaysia adalah negara teristimewa di
dunia yang punya bermacam bangsa,agama dan
budaya...
Salah petik... maka kembalilah kita pada
permusuhan kaum.... masa tu... kalau berlaku..
orang luar cuma tepuk tangan ajek... dengan
tunggu masa nak selit dalam masalah dan
berlagak hero..
Akan datang... walau parti manapun yang
memerintah esok...tolonglah kekal kan jenama
Malaysia kita selama ini.... sebab... itulah kita...
bahasa kita bahasa melayu kita... islam agama
rasmi kita...
Pun begitu kita patut bangga sebab Malaysia
adalah satu satunya negara di dunia yang
rakyatnya bebas mengamalkan agamanya masing
masing dalam harmoni dan aman....
Saya sendiri kalau di beri peluang ingin berdepan
bertentang mata dengan Tun Mahathir berbual
masa beliau masih hidup.... andailah dapat....
saya bersyukur andai dapat di pertemukan
dengan tokoh yang saya kagumi....
Kawan kawan
Bersamalah kita gengam tangan kuat kuat
bersama dan kekalkanlah.... sebab... sedikit
punca.... nyawa boleh jadi begitu amat murah...
# Sumber aku menulis:
Apa yang di depan mata
Apa yang ada di dada akhbar kita
- Ary Ariasputera
https://www.youtube.com/watch?v=QDfL-7YD
VUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan