#NASIHAT_DARI_BONDA_DAN_AYAHANDA♥
"pagi yang sungguh nyaman dikebun AYAHANDA dan Bonda,
beseorangan diri aku bersandar disebatang pokok ditemani bunyi riuh burung burung yang berkicauwan , mungkin si ibu burung sedang keluar untuk pergi mencari makanan buat anak2 yang masih kecil didalam sarang,,,
"Sambil melihat pokok² getah yang menghijau tersusun membentuk lanskap yang begitu cantik dan indah,
"Terfikir aku bagaimana BONDA dan AYAHANDA berusaha dalam kesusahan mencari sesuap nasi buat kami 7 beradik dimasa itu,,
"Allahamdulillah syukur dengan rezeki yang ALLAH beri,,itulah ucapan yang sering BONDA ungkapkan kepada aku,,
"Ditemani suasana kebun yang indah itu Terkenang masa zaman pertengah remaja,,boleh dikatakan setiap hari BONDA menangis mendengar kisah tentang aku,,ada saja yang datang mereport , menyampai dalam erti kata lain "busy body"
biasalah nama pon melayu,,
"Aku pon ta faham lah dengan orang sekeliling aku,,Takut nak tegur aku terus menyampai lah,
ye aku ta nafikan memang dulu aku ego , Sombong dan Angkuh,
nak buat camna lagi aku tetap aku,,tapi aku bukan yang dulu lagi tau,,
"ALLHAMDULILLAH ALLAH buka pintu hati aku, aku yang dahulu anak derhaka , tak hormat orang tua , kurang ajar macam² la tapi semua buruk,,kesian BONDA hari² nangis sebab aku,,
tapi itu semua dulu la,,
"NASIHAT BONFA dan AYAHANDA sentiasa menjadi pegangan untuk aku terus menjalani kehidupan dibumi yang penuh dengan Dusta dan kianat,,,
"ALLHAMDULILLAH,,,Syukur kepada *ALLAH YANG MAHA ESA*
Dengan Limpah Kurnia dan juga Rahmat-NYA,,,
"Mendengar dan Memperkenankan Doa dari kedua dua Insan yang teramat Mulia dalam hidupku iaitu
BONDA dan AYAHANDA tercinta,,,
"BONDA dan AYAHANDA selama ini tidak pernah sama sekali walau sedetikpun merasakan arti Jemu dan Putus Asa dalam usaha dan ikhtiar mereka untuk melihat kejayaan dan juga kebahagian aku,,,
"Selain dari Usaha dan Ikhtiar BONDA dan AYAHANDA juga sentiasa BERTAWAKAL dan REDHA kepada yang MAHA MENENTUKAN iaitu *ALLAH SWT*,,,
"Disetiap Sujud mereka kepada YANG MAHA PENCIPTA *ALLAH SWT* BONDA dan AYAHANDA tidak pernah melupakan Doa buat kesejahteraan aku, dan Sentiasa berdoa kepada YANG MAHA ESA agar mengurniakan kepada anak-anaknya kejayaan DI DUNIA dan DI AKHIRAT,,,
"Kata² Semangat dan juga Kata² Nasihat dari BONDA dan AYAHANDA seperti mempunyai KEKUATAN dan HIKMAT yang luar biasa , Dan akan ku biarkan ia setiap saat sentiasa bermain di kotak fikiran ku sehingga ke penghujung sisa~sisa nafas ku yang terakhir,,,
"INSHA ALLAH,,,
"Akan ku jadi dari setiap inci KATA² SEMANGAT dan KATA² NASIHAT dari BONDA dan AYAHANDA itu , Sebagai , *SEBUAH PETA PANDUAN untuk aku MENJALANI KEHIDUPAN* yang lebih bermakna,,,
"Dan akan ku semadikan segalanya dari setiap baris ayat-ayat HIKMAT yang sering didengarkan kepada aku sewaktu kecil hinggalah aku dewasa oleh insan yang penuh dengan sifat kasih dan sayang,,,
"BONDA dan AYAHANDA telah membesarkan aku seawal aku menjadi seketul darah dan sehinggalah aku membesar selama 9 bulan didalam kandungan BONDA tercinta,,,
itu pun takkan ter terbalas jasa dan pengorbanan BONDA dan AYAHANDA,,,
"Setiap dari KATA² AZIMAT dan segala TUNJUK AJAR oleh BONDA dan AYAHANDA akan senantiasa TERPAHAT didalam sanubariku bukan untuk seketika tapi buat selama~lamanya sehingga keturunan ke-7,
*INSHA ALLAH*,,,
"Disetiap NASIHAT , TEGURAN dan TUNJUK AJAR oleh BONDA dan AYAHANDA sentiasa memberi masage yang mendalam , juga membuka kotak minda aku supaya lebih banyak berfikir dan secara tidak langsung ia melatih diri aku menjadi seorang yang lebih berpikiran dewasa dan lebih matang dalam membuat keputusan,,,
(last)"Aku memerlukan RESTU dan Sokongan dari kedua-dua Insan yang mempunyai KEREDHAAN *ALLAH SWT* iaitu BONDA dan AYAHANDA TERCINTA,,"Dengan harapan agar aku memperoleh KEBERKATAN didalam kehidupan dan KEREDHAAN oleh *ALLAH SWT*,,,
"BONDA dan AYAHANDA akan sentiasa tetap kuat dan setia berada dibelakang dan disamping diri ini , dengan tidak pernah menghiraukan erti penat , lelah dan segalanya,,,
"Namun pada hakikat yang sebenarnya , aku tahu akan bahawa BONDA dan AYAHANDA tidak punya lagi kekuatan seperti dahulu,,,
"Tanpa ada rasa jemu , setiap detik dan setiap saat tidak pernah menunjukkan wajah kelelahan dan tetap setia memberi Sokongan yang sangat luar biasa kepada aku,,,
"Oleh sebab KEKUATAN BONDA dan AYAHANDA ku yang sangat Luar Biasa itulah yang sentiasa menjadi *PEMANGKIN JATI DIRI* kepada aku , supaya terus Bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam usaha untuk mengharungi PELAYARAN yang penuh dengan cabaran serta liku~liku kehidupan yang mencabar dimasa akan datang,,,
*INSHA ALLAH* jika BONDA dan AYAHANDA merestui kita kehidupan kita pasti bahagia,,,
"Aku memerlukan RESTU dan Sokongan dari kedua-dua Insan yang mempunyai KEREDHAAN *ALLAH SWT* iaitu BONDA dan AYAHANDA TERCINTA,,,
"Dengan harapan agar aku memperoleh KEBERKATAN didalam kehidupan dan KEREDHAAN oleh *ALLAH SWT*,,,
"BONDA dan AYAHANDA adalah laluan untuk aku menuju ke jannah Surga *ALLAH SWT* "RESTU BONDA dan AYAHANDA dipohon dengan penuh kasih sayang , *INSHA ALLAH* Kehidupan kita akan lebih DIBERKATI oleh *ALLAH SWT
didunia dan Diakhirat,,,
"AAMIIN"
"DIKESEMPATAN INI JUGA AKU INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA YANG MENGENAL DIRI INI"
"Dengan merendah diri , aku memohon seribu keampunan kepada semua yang mengenal akan diri ku yang masih jahil ini,,,
"Dan dengan melapang dada aku sedia menerima segala caci makian dan segala tomahan diatas kesilapan masa lalu aku,,,
"Dan *INSHA ALLAH* dengan segala KEBURUKAN yang pernah dilakukan dahulu akan ku cuba Berusaha untuk MEMACU diri ini supaya ke Tahap yang lebih Tinggi dan dapat menggembirakan hati BONDA , AYAHANDA , KELUARGA dan juga orang disekeliling ku,,,
"Dengan harapan supaya aku berjaya menjadi seorang insan yang , sentiasa meringan petuturan untuk memohon kemaafan dari semua sahabat yang pernah beselisihan faham,,,
"Dan tidak akan aku lupakan,,
"Nasihat dari BONDA dan AYAHANDA supaya melatih diri supaya KUAT dan IKHLAS dalam memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan sahabat dan yang berada disekeliling aku,
"Dari keberkatan Doa dan Nasihat daripada BONDA dan AYAHNDA tercinta juga sedikit~sebanyak dapat membersihkan titik² kehitaman di dalam hati yang selama ini menjadikan aku seorang yang sombong dan angkuh,,,
"Dan juga dapat melembutkan hati yang selama ini KERAS dan ANGKUH,,,
"Syukur ya ALLAH atas kekuatan yang telah ENGKAU kurnia pada aku seorang insan yang lemah dan masih bergelut untuk keluar dari zaman jahiliah aku selama ini dan juga sedang mencuba melawan dengan keegoan yang tinggi dan selama ini menjadi titik hitam didalam hati aku,,
Dikesempatan ini juga ,
Aku menyusun 10 jari memohon keampunan kepada semua teman sahabat yang mengenal akan diri ini,,
"Percayalah wahai semua teman2 ku yang mulia,
"Tidak sedikitpun rasa dihati ini untuk bermasam muka dan tidak betegur sapa dengan kalian semua,,,
""Hanya ALLAH yang mengetahui apa yang sedang aku rasakan,
'bila semua teman sahabat yang dahulunya bersama , kini tidak lagi betegur dan hubungan persahabat yang dibina suatu ketika dahulu kian pupus ditelan zaman",
Tiada ulasan:
Catat Ulasan